Kejayaan lagu Apa Khabar dendangan penyanyi rap otai Joe Flizzow bersama gandingan Sona One telah merebut gelaran juara pada malam gemilang Anugerah Juara Lagu ke 29 yang lepas namun terdengar ada pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan.
Penyanyi terkenal, Dato’ Siti Nurhaliza selaku salah seorang juri pada pertandingan tersebut telah memberi respon ekoran ramai yang tidak suka dan mempertikaikan keputusan juri apabila lagu Apa Khabar mengungguli Anugerah Juara Lagu 29.
Kenyataan yang asalnya diutarakan oleh pengurus penyanyi nombor satu tersebut iaitu Rozi Abdul Razak di Instagram miliknya telah dikongsi Dato’ Siti Nurhaliza sebagai tanda bersetuju dan ingin menjelaskan kepada peminat khususnya yang mempersoalkan keputusan tempoh hari.
Penyanyi itu juga memuji hujah dan kenyataan yang dinaikkan Rozi Abdul Razak di Instagram miliknya itu dan memberitahu bahawa hanya orang yang sudah sekian lama berada dalam dunia muzik akan faham akan keputusan mengapa Apa Khabar menjadi juara.
Lagu Apa Khabar ciptaan Sona One dan Joe Flizzow telah dipilih sebagai juara di Anugerah Juara Lagu ke 29 (#AJL29) setelah dipersembahkan oleh mereka berdua.
Ini merupakan kejayaan sulung bagi lagu berirama Hip Hop yang buat pertama kalinya dinobatkan sebagai juara dalam sejarah penganjuran Anugerah Juara Lagu dan melayakkan mereka pulang dengan trofi dan wang tunai bernilai RM50,000.
No comments:
Post a Comment