hotnetwork banner

banner baru HOT

melintang banner HOT

Thursday, 22 January 2015

Orang Ramai Bantah Polis Buli Zamani Slam Dalam Tahanan





Ketika ini heboh di laman sosial tentang sebuah rakaman video yang menunjukkan Zamani Slam telah dipaksa menyanyi oleh seorang anggota polis ketika dalam tahanan lokap. Menerusi video itu Zamani dilihat menyanyikan lagu Gerimis Mengundang atas paksaan pihak polis.
Semalam, berita penahanan Zamani Slam atas tuduhan memiliki dan salah guna dadah mendapat perhatian ramai dan hari ini orang ramai mula membantah tindakan pihak polis yang dilihat seakan membuli penyanyi popular itu ketika ditahan dalam lokap.
Orang Ramai Bantah Polis Buli Zamani Dalam Lokap - ROTIKAYA
Kami rasa ini sesuatu yang tidak patut dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas sesiapa pun dalam tahanan mereka kerana bukan sahaja mengaibkan malah seakan memperkecilkan mereka sebagai manusia biasa yang hanya kerana melakukan kesalahan undang undang.
Pihak polis perlu segera melihat perkara ini lebih serius & memberikan jawapan kepada masyarakat yang ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi. (rtky/m)

No comments:

Post a Comment