hotnetwork banner

banner baru HOT

melintang banner HOT

Sunday, 18 January 2015

Kuala Krai Dilanda Cuaca Sejuk



kuala krai sejuk

Kuala Lumpur – Daerah Kuala Krai, Kelantan sekali lagi mendapat perhatian umum apabila dikatakan mula dilanda suhu sejuk yang luar biasa selepas baru sahaja berlakunya banjir besar di kawasan berkenaan.

Gambar-gambar yang dikongsi penduduk yang mengatakan suhu di kawasan tersebut mencecah 17.2 darjah Celcius di media sosial ternyata mengesahkan lagi perkara tersebut.

Dalam laman Facebook ‘I Love Kuala Krai’, orang ramai terutamanya penduduk tempatan berkongsi pengalaman unik mereka tersebut.

Menurut Kalel Hassan MatAmin, cuaca sejuk berkenaan bermula pada waktu malam dan berlarutan sehingga awal pagi.

Katanya, menjelang tengah hari cuaca mula panas terik akibat awan yang semakin berkurangan.

“Mungkin tanda nak masuk musim kemarau dah ni,” katanya.

Manakala Nazirul Azim Ismail pula memberitahu cuaca pada waktu pagi sangat sejuk dan seolah-olah dilanda jerebu.

“Saya yang menunggang motosikal pagi tadi berjoget-joget akibat tidak tahan dengan kesejukan sewaktu pergi mencuci rumah pagi tadi. Sekian Kuala Krai sejuk,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dalam entri Facebook beliau turut menzahirkan kebimbangan mengenai perubahan cuaca di kawasan tersebut.

Kata Suhaizan, setelah banjir melanda, Kuala Krai dilanda pula suhu yang sejuk.

“Bayangkan rumah mereka ranap, berlindung sementara di khemah dan bangsal. Paginya yang sejuk. Moga mereka tabah dan kita terus prihatin,” ujarnya.

Pada 8 Januari lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) tidak menolak kemungkinan fenomena cuaca sejuk yang pernah berlaku pada tahun lepas boleh berulang, namun ia tidak semestinya berlaku pada tahun ini.

Menurut jabatan itu, udara sejuk dari pergunungan Himalaya dan Siberia ketika musim sejuk di Hemisfera Utara merupakan penyebab utama kejadian suhu sejuk ekstrem berlaku di utara dan pantai timur semenanjung pada Januari tahun lepas.

“Kehadiran udara sejuk yang mendap menyebabkan keadaan kurang pembentukan awan, berikutan ini suhu lebih sejuk pada waktu malam sehingga mencatatkan suhu serendah 17.20 darjah Celcius seperti apa yang berlaku pada tahun lepas di Kuala Krai.

“Bagaimanapun, fenomena berskala global seperti ini sukar diramalkan memandangkan banyak faktor lain yang mempengaruhi fenomena suhu sejuk ekstrem ini,” kata MetMalaysia.

No comments:

Post a Comment