hotnetwork banner

banner baru HOT

melintang banner HOT

Monday, 12 January 2015

7 Gambar terkini Shafnie, bekas isteri AC Mizal semakin mengancam


Bekas model dan pengacara, Shafnie Zainuddin berjaya dalam tuntutan di Mahkamah Rendah Syariah semalam bagi mengubah perintah nafkah dua anak hasil perkahwinannya dengan pengacara terkenal, Datuk AC Mizal daripada RM300 kepada RM1,400 sebulan.

Selain itu, Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah juga membenarkan permohonan Shafnie selaku plaintif berhubung tuntutan nafkah tahunan meliputi pakaian, rawatan dan pendidikan termasuk persediaan hari raya sebanyak RM3,000 setahun serta mengekalkan tuntutan nafkah untuk bulan Disember sebanyak RM1,000.

Menurut Abdul Halim, kesemua perintah itu diarah berkuatkuasa mulai bulan ini sehingga kedua-dua remaja tersebut, Muhammad Shafiq Iman, 18, dan adiknya, Muhammad Shabil Iman, 15, mencapai usia 18 tahun atau sampai habis pengajian atau mana yang kemudian.

Dalam prosiding semalam, Shafnie, 38, hadir diwakili peguam syarie Azmi Rais, manakala AC Mizal, 44, gagal hadir dan peguam syarie Aishah Din memaklumkan anak guamnya sedang menjalani penggambaran sehingga Februari. -Kosmo









No comments:

Post a Comment