hotnetwork banner

banner baru HOT

melintang banner HOT

Wednesday, 3 December 2014

(Video) Sayu! Luahan menyayat hati Nur Syafiqa kes muka saat2 ditoreh!!


Hati wanita mana tak sedih kalau muka ditoreh sehingga penuh dengan parut. Begitulah situasi yang kini sedang dirasai oleh mangsa samun, Nur Shafiqa yang berdepan detik paling hitam dalam hidupnya selepas disamun dua penjenayah di kediamannya beberapa hari lalu.


Gadis berusia 22 tahun itu yang sempat ditemubual semalam membuat luahan hati yang amat menyedihkan kami. Tak tahu nak kata apa dah. Boleh menangis dibuatnya selepas membaca.

Walaupun sukar menerima hakikat apabila melihat wajahnya kini mempunyai parut kekal, namun Nur Syafiqa Lah tetap reda menempuh dugaan tersebut.
Malah gadis berusia 22 tahun itu tetap bersyukur apabila tindakan nekadnya melawan penjenayah terbabit berjaya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa rogol.

Sambil mengakui menderita dengan situasi yang menimpa, Nur Syafiqa berkata, demi menjaga kehormatan diri, dia terpaksa melawan penjenayah terbabit.

“Betapa sakit dan deritanya saya ketika itu apabila muka ditoreh dengan pisau oleh penjenayah itu. Muka saya ketika itu berlumuran darah.

“Bagaimanapun, kesakitan yang saya tempuh itu demi mempertahan maruah serta kesucian diri. Saya bersyukur kerana masih selamat,”
 katanya.
Tambah Nur Syafiqa, keadaan wajah dan jari kiri serta kanannya masih berjahit dan kini dia fokus dengan mendapat rawatan susulan.

“Kejadian yang berlaku ini adalah detik hitam dalam hidup saya. Sehingga hari saya masih lagi trauma dan terbayang-terbayang saat-saat ketika berhadapan de-ngan penjenayah itu.

“Sukar untuk saya lupakan. Ia menjadi igauan ngeri dalam hidup saya. Pada masa ini saya perlu ketenangan dan ingin memulihkan kembali semangat,”
 katanya.

Sementara itu, Nur Syafiqa turut berharap penjenayah terbabit ditangkap dan dibawa segera ke muka pengadilan.

Katanya, hukuman berat perlu dikenakan kepada penjenayah terbabit sebelum wanita lain menjadi mangsa selepas ini.

“Saya minta suspek itu ditangkap segera oleh pihak polis. Hukuman yang berat perlu dikenakan sebagai pengadilan di atas kekejaman yang dilakukan terhadap saya dan ibu.” katanya.
Sumber asal : Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment