hotnetwork banner

banner baru HOT

melintang banner HOT

Thursday, 11 December 2014

Al Fatihah..Perkara ini Memang benar2 disahkan jurucakap Awie, Rouslan Mokhtar



AMPANG: Ibu penyanyi dan pelakon Awie iaitu Azizah Abd Hamid, 75, meninggal dunia 8 pagi tadi kerana sakit tua, selepas
dijumpai terjatuh dalam bilik air di kediaman Awie di Ukay Perdana.
Perkara ini disahkan jurucakap Awie, Rouslan Mokhtar berkata, Allahyarham turut mengidap kencing manis dan darah tinggi tetapi dalam status terkawal.
"Allahyarham terjatuh dalam bilik air pagi ini dan kemudian meninggal dunia. Kejadian ini disedari pembantu rumah mereka lalu memaklumkan kepada Awie. Memang sejak Awie berdepan dengan krisis rumah tangga, ibunya menetap bersama Awie di rumah itu.
"Arwah seorang balu, meninggalkan lima anak dan 16 cucu. Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Cheras Baru selepas solat Jumaat hari ini," katanya.

No comments:

Post a Comment